ImageChef Custom Images

Share ur LinK hEre~

Friends

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Shaklee

Friday, November 18, 2011

SUKAN SEA: Malaysia Benam Indonesia 1-0



JAKARTA – Jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim sudah cukup untuk mematahkan ego Indonesia pada saingan terakhir kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno di sini, untuk bertemu Myanmar pada saingan separuh akhir Sabtu ini.
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia memintas pendahulu kumpulan A, Indonesia, dengan kelebihan satu mata untuk muncul juara kumpulan dengan memungut 10 mata.
Malah kemenangan itu dilihat memberi laluan mudah buat skuad bawah-23 bertemu naib juara kumpulan B, Myanmar, sementara tuan rumah terpaksa berpuas hati bertemu Vietnam, yang merupakan naib juara bola sepak Sukan SEA 2009 edisi Vientiane, Laos.
Skuad tuan rumah pastinya akan menerima tamparan daripada penyokong fanatik yang selama ini mahu ‘mengganyang’ Malaysia dalam apa jua perlawanan bola sepak.
Beraksi di depan kira-kira 100,000 lautan merah penyokong tidak melemahkan anak buah Ong Kim Swee apabila terlebih dahulu melakukan banyak gerakan menarik sebaik babak pertama bermula, selain tidak menunggu lama untuk jaringan pertama oleh pemain tengah gantian, Syahrul Azwari.
Pemain berusia 18 tahun itu, yang masuk padang selang empat minit menggantikan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-13, mudah merembat kencang menewaskan penjaga gol Indonesia Andritany Ardhiyasa, hasil serangan balas sukad negara pada minit ke-17.
Malah corak hantaran jauh untuk membuka ruang dan gerakan pantas yang dipamerkan skuad anak didik Kim Swee ini jelas banyak memberi kelebihan buat mereka untuk mengatur lebih banyak serangan balas.
Tiga serangkai pemain hadapan negara, Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar cekap mengganggu gawang lawan menerusi kekuatan serangan balas namun beberapa peluang terbaik untuk menambah gol Malaysia gagal menemui penyudah sehingga babak pertama tamat.
Bagaimanapun, penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat dan pemain pertahanan dipaksa bekerja keras sebaik babak kedua bermula, yang menyaksikan permainan lebih agresif dipamerkan Indonesia dalam usaha mencari gol penyamaan.
Ejekan berterusan penonton terhadap pasukan negara tidak membawa kesan atau melemahkan semangat pasukan negara, sebaliknya mereka lebih bermotivasi semasa beraksi.
Bagaimanapun, perhatian teralih kepada Kim Swee, yang menimbulkan kontroversi apabila memarahi penjaga garisan kerana tidak peka apabila Syahrul Azwari dijatuhkan pemain lawan di depan pengadil itu.
Oleh kerana kelantangan suaranya, beliau diarahkan ketua pengadil keluar padang.
Peluang terbaik negara hadir pada babak terakhir, namun Izzaq Faris gagal mengambil peluang tersebut untuk menambah gol kedua kerana lariannya sering dikawal hinggakan membataskan pergerakan pemain itu.
Indonesia terus melancarkan serangan ke atas Khairul Fahmi yang mempamerkan aksi cemerlang mengawal gawang negara setelah dipaksa bekerja keras pada babak kedua bagi mengekang setiap asakan pemain.
Mengulas kemenangan bermakna itu, Kim Swee memuji semangat pemain yang tetap tenang walaupun beraksi di depan lautan merah penyokong itu.
“Apa yang kita capai hari ini berbaloi dengan kesungguhan pemain yang beraksi bermati-matian untuk memburu kemenangan demi kemenangan bagi memastikan pingat emas bola sepak tetap menjadi milik kita.
“Saya bangga dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan pemain sehingga tamat permainan kerana mereka menunjukkan peningkatan dari perlawanan pertama hinggalah hari ini,” katanya.
Sementara itu, jurulatih Indonesia Rahmad Darmawan berkata beliau tidak ada alasan terhadap kekalahan pasukannya kerana Malaysia bermain lebih baik.
“Mungkin ramai penonton yang kecewa tetapi kita akan tebus kembali di separuh akhir nanti,” katanya. – BERNAMA


~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

0 comments:

Post a Comment

Assalammualaikum...
Alang2 dh bace..Komen la sikit..
Terima Kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...