ImageChef Custom Images

Share ur LinK hEre~

Friends

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Shaklee

Thursday, January 12, 2012

Just Share Idea....

Bila rakan anda sendiri yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan, mesti kita akan bingung memikirkan apa barang yang sesuai untuk dijadikan hadiah buat si dara atau si teruna. Ini serba sedikit tips untuk membeli hadiah buat pasangan mempelai:






Mengingatkan penerima akan si pemberi
Ini menyebabkan si sahabat pening kepala setiap kali menerima berita gembira akan perkahwinan sang sahabat. Dia tidak mahu serupa orang2 lain yang dengan mudah bagi satu set jag dan gelas sahaja. Jadi saya mahu berkongsi beberapa idea berkaitan pilihan hadiah yang boleh kita sampaikan kepada kawan kita.
Barangan Dapur
Ini adalah pilihan pertama yang biasanya akan muncul di benak fikiran kita. Ini kerana, barangan ini adalah paling ideal untuk digunakan si mempelai yang baru memulakan kehidupan baru dengan pasangan kekasih hati. Ia memang berfaedah, berguna, dan sangat bermakna. Antara pilihan yang ada ialah:
  • Set jag dan gelas 
  • Set teko dan cawan
  • Set senduk2 berjenama
  • Set periuk sederhana berjenama
  • Set pinggan
  • Bekas rempah ratus
  • Bekas gula, garam, pepper
  • Set holder seperti mug holder, spoon and fork holder
Barangan dapur turut terdiri daripada rangkaian beberapa barangan elektrik seperti:
  • Flask elektrik (pemanas air) 
  • Pembakar roti
  • Dapur elektrik saiz kecil (untuk satu kuali/periuk pada satu2 masa) 
  • Periuk nasi saiz sederhana
  • Sandwich maker
  • Mixer (untuk buat kek)
  • Cerek elektrik
  • Mesin pengisar (blender)
  • Set tupperware


Mungkin ada beberapa lagi yang boleh dimasukkan dalam senarai, kalau anda ada idea, dialu2kan bubuh je dalam komen kat bawah.
Kelengkapan Rumah
Menghadiahkan barangan kelengkapan rumah juga merupakan suatu idea yang bernas. Si pasangan tentu gembira dengan hadiah2 bermakna pemberian anda menghiasi rumah baru mereka. Antaranya:

  • Jam dinding berjenama
  • Jam loceng berjenama
  • Jam radio elektrik
  • Vakum tilam (kecil dan mudah dibawa)
  • Cermin
  • Kipas meja
  • Penyembur penyegar udara elektronik
  • Cadar (pastikan saiz double/queen)
  • Digital photo frame
  • Bingkai gambar
  • Album gambar
  • Rak dvd
  • Seterika
  • Mangkuk potpourri
  • Towel hose kayu berkualiti
  • CD lagu2 romantis/love song – lebih bermakna jika anda buat koleksi lagu2 tersebut sendiri
  • Sejadah
  • Sandal bilik tidur 2 pasang
  • Bath suit 2 pasang
  • Memory cardUSB flash drive
  • Lilin romantik – bersaiz besar dan mungkin beraroma menarik

Barangan Peribadi
Ini juga amat bermakna buat si pasangan dan mungkin boleh juga menghangatkan lagi hubungan antara mereka berdua.
Buat sang raja:

  • Pencukur elektrik
  • Buku kamasutra
  • Buku tips2 percintaan dan perkahwinan dalam Islam
  • Alquran
  • Jam tangan untuk couple
  • Perfume
  • Bag
  • Tali leher
  • Aksesori lelaki – beg duit, tali pinggang, tie pin, cuff link

Barangan2 peribadi – anda tentu lebih mengenali minat rakan anda bukan?
Untuk permaisuri:
Beberapa barangan yang sudah disebut di atas
  • Pengering rambut
  • Novel
  • Barang kemas
  • Bunga segar
  • Bekas simpanan barang kemas
  • Brooch
  • Kain ela/batik

Barang2 peribadi kegemarannya yang lain – anda tentu mengenalinya bukan?
(gambar hiasan)


Itulah sedikit sebanyak idea yang boleh kongsikan. Hahaha maybe anda lagi banyak idea...ce la kongsikan ngn saya ok! Semoga berguna! tq~






~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

4 comments:

  1. uhuhuhu! akak dah kawin 4 tahun, hadiah kawin byk lagi tak bukak :)

    ReplyDelete
  2. wah...lame 2 4taun...ley cm2 ek..akk xnk bukak ker? xnk bukak meh bg sy, sy tlg bukakkn...heheheh

    ReplyDelete
  3. entry yang sangat baik dan menarik layha...^__^
    ayie suka dgn Barangan Peribadi tu...yg lain2 pun suka jugak...^__^

    ReplyDelete
  4. heheh tq ayie...
    hak3 klu owg dh bagi mesti la kte suke kn...

    ReplyDelete

Assalammualaikum...
Alang2 dh bace..Komen la sikit..
Terima Kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...