ImageChef Custom Images

Share ur LinK hEre~

Friends

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Shaklee

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Sepuluh pilihan ‘trend’ IT tahun 2011

Tahun 2011 bakal meninggalkan kita dengan ratusan teknologi bergelumang di kiri dan kanan. Berikut senarai 10 teknologi yang berkait rapat di negara ini:

10: Fotografi


Sejak awal tahun, dunia fotografi kegilaan penduduk negara ini terutama remaja yang mula menggantung kamera DSLR di leher yang menjadi sebahagian trend mudah dilihat apabila anda berjalan di pusat membeli-belah.
Timbul pula di sebalik DSLR yang mampu dikatakan menjadikan fotografi anda hebat, saiznya masih dikatakan menjadi bebanan oleh itu, kamera yang mendapat jolokan semi DSLR menjadi tumpuan sebagai alternatif kepada DSLR penuh yang mampu merakam foto berkualiti tinggi pada saiz 40 peratus lebih kecil berbanding 'abang'nya itu.
Ia termasuk dalam kategori Micro Four Third (MFT) yang dipopularkan jenama seperti Olympus, Panasonic dan Canon yang mula mendapat perhatian orang ramai pada tahun 2011.


~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Friday, December 23, 2011

Amalan di dunia penentu kehidupan akhirat



Amalan di dunia penentu kehidupan akhirat
Oleh Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2011/12/23

pix_gal0
Umat Islam wajib percaya setiap perbuatan pasti dapat ganjaran sama ada dosa atau pahala

ALLAH SWT menyediakan dua penempatan kepada manusia iaitu penempatan sementara di dunia dan penempatan kekal di akhirat. Di penempatan pertama, Allah SWT mendatangkan kepada manusia pelbagai ujian kepada orang Islam dan bukan Islam, beriman atau sebaliknya.


Di penempatan akhirat, Allah SWT menjanjikan balasan kepada manusia sama ada syurga atau neraka, bergantung kepada nilai amalan manusia sepanjang hayat mereka di dunia yang dihitung menerusi timbangan antara pahala atau dosa.


~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Thursday, December 22, 2011

Benam pisau 35 kali

Kerani Maut Diserang Di Rumah Sewa

35 Tikaman Cemburu

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my





Tempat kejadian..Kawasan kediaman mangsa di Jalan Puncak Desa, Kepong
KUALA LUMPUR: Dalam kesengsaraan dan berlumuran darah selepas ditikam 35 kali 
di seluruh tubuh, seorang wanita masih mampu mengesot lima meter untuk
 meminta pertolongan orang ramai menerusi tingkap rumah sewanya 
di Jalan Puncak Desa, Kepong, awal pagi semalam.


~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Wang Kertas n Syiling 2012

Waaa sangat comel n cantek lak ak ngok wet2 syiling n kertas nih..ase cm mainan pon de, cm wet saidina pon ade...hehehehhe 

Haaa...bagus gak la wet RM50 ngn RM1 dh ley bezakan...sbb b4 nih wane nye seakan same...ley sng tsalah kuokan dr poket o walet..klu kte xpasan g senang la owg nk amek ksempatan...ni yang xsaba sangat nk wet2 baru nih...ase syg nk gune pon de kot...


Wang Kertas RM (2012)




~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Result PMR keluar hari ini..



Salam....haaaa nmpaknye result PMR dkeluarkn hari ni..waaa cmne lah prasaanye adik2 kite ye... haha ak pon penah lalui bende nih smue..mst la ase teruje, cuak, gementar dan bla bla bla.....lalalalalal


~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Wednesday, December 21, 2011

Dividen ASB 2011 8.8%


KUALA LUMPUR 19 Dis. – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.


~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian



KUALA LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.


~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Gempak! Ariff Alfian Rosli~

ASTAGHFIRULLAH...........Kisah Ariff berkahwin dengan Jonathan!! Ini dipercayai perkahwinan Gay Malaysia yang pertama dalam sejarah.


Ariff Alfian Rosli, seorang pelajar yang ditaja oleh PETRONAS untuk belajar di UK tetapi dilaporkan hilang oleh ibu bapanya selepas beralih untuk meneruskan pengajian di UCD (University College Dublin).Sekarang Ariff dikatakan 'berkahwin gay' dengan pasangannya Jonathan.

Menurut cerita:


~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Monday, December 19, 2011

Bila Hujan xhenti..

Salam..dh 2 ari ujan xhenti2 kt daerah Batu Pahat..emmm dkhuatiri akn berlakunye banjir...nih ak dpt laporan ttg paras air sungai dr page PBJ.. Pesisiran kawasan pantai Batu Pahat sekarang terletak dibawah paras laut...banjir yang berlaku di Batu Pahat akan menyebabkan air tidak akan mengalir seolah-olah duduk diam.


~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Wednesday, November 23, 2011

Malaysia VS Syria



Yeeaahh! br jerk pas ngok perlawanan bola sepak pra kelayakan olimpik antara Malaysia vs Syria.. Huu seperti yang ak jangke.....kte tewas...ak xyakin Malaysia ley mng sbb dowg mst msih keletihan bmain dGBK smlm...so, xdapat baksi ngn sepenuhnye...tp ak taw dowg dh men sehabis baik n bsungguh2....mgkin bkn rezeki kte tok mng menentang Syria td....


Separuh mase ptame kdue2 pasukan tdk bjaye mhasilkn sebarang gol...n msk separuh mase ke2, Syria mnjaringkan gol ptame min 52 hasil tandukkan dr Sulaimen jersi 17...n minit2 trakhir Syria skali lagi mjaringkan gol ke2 n dengan itu Malaysia tewas ngn Syria...papepon ak ttp bangge ngn semangat dowg smue...xleh nk slhkn meka 100%....Adat ptandingan owg kate...Tuah bkn sllu myebelahi kte an...

Tahniah wat Syria...n tok Skuad Harimau Muda kte, jgn putus ase...cbe lagi, lagi n lagiiiiii! hehehhe papepon MALAYSIA BOLEH!! ak bangge jd ANAK MALAYSIA.........Skali lagi ak Bangga Anak Anak Muda Ini Mempunyai Semangat dan Kesungguhan Berlawan....Hope dowg bsedia tok lawan ngn Bahrain ahad ni

~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Wira Muda Dapat RM30k Seorang




Harimau Muda Dapat RM30,000 Seorang


KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Muda kendalian jurulatih Ong Kim Swee yang memenangi pingat emas Sukan SEA di Jakarta akan menerima ganjaran RM30,000 seorang daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah.
Berita itu diumumkan pengurus skuad negara Datuk Hamidin Mohd Amin di sini, Selasa malam.
“Selepas perlawanan menentang Indonesia semalam, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah bersetuju mengurniakan RM30,000 seorang bagi setiap pemain di atas kejayaan gemilang mereka itu,” katanya.
Dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada Isnin, skuad bawah 23 tahun negara itu menewaskan pasukan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.
Hamidin berkata skuad itu juga akan dihantar ke Sydney, Australia mulai pertengahan bulan Disember bagi menjalani latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab terkemuka di sana.
“Selepas mesyuarat teknikal FAM sebentar tadi, kami telah bersetuju untuk menghantar skuad kendalian Ong Kim Swee ini untuk ke Austalia dan Alhamdullilah Majlis Sukan Negara (MSN) turut menerima dan menyokong hasrat kami ini,” katanya.
Sementara itu, beliau berharap peminat bola sepak datang beramai-ramai untuk menyokong Skuad Harimau Muda pada perlawanan kelayakan pra-Olimpik menentang Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil, rabu malam.
Beliau berkata setakat ini penjualan tiket bagi perlawanan agak mengecewakan dengan hanya 2,000 tiket telah dijual.
Tiket bagi perlawanan itu dijual dengan harga RM40 (Grandstand) dan RM20 (Terbuka). – BERNAMA

~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Tuesday, November 22, 2011

Nape nk salahkan Fakri??

Salam....huuu masih trase kegumbiraan Malaysia menang malam td...tp msih ttanye2 nape masih ramai rakyat kita nk salahkan Fakri??? ak nih bukan lah fan die..tp pikirkan klu xdie lah yg gol kan mse lawan ngn Myanmar separuh akhir ri2, xde rase skuad Harimau Muda nk masuk final...please r! meka dh wt yang tbaek kot...yang xmen 2 nk komplen lebey2 nape??? ak mmg xpaham la mentaliti owg kite nih....aduhai........

Just kesilapan die mase xdpat jaringkan gol mse penalti,2 aje...smue owg de wt ksilapan msing2 so, bsyukur lah yang Malaysia dh menang an...adddoooiyaii laaa....cbe bg semangat lagi tok skuad Harimau Muda kita...n bterima kasih la....APTB sungguh la sape yg msih nk salahkan Fakri nih.....

*dh ckp bgus ke yg xpuasati 2? cbe test try tgk.....hoho klu bagus kowg yg men bkn die...hihihi ak just bg pandangan, so jgn mare yee.....tq

~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Cuti sempena hari ulangtahun keputeraan DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Yeeeaaayyy! cuti3~ hehehhehe bukan cuti sbb bola menang ek...nih cuti khas tok owg JOHOR n menetap d JOHOR saje......yang owg JOHOR tp dok luar dr JOHOR kne sabo je yeee.......hehehhehehehe.....cuti nih adelah sempena....

:: Hari ulangtahun keputeraan DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR yang ke 53 pada 22 November 2011 ::


DAULAT TUANKU



Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniahdan Ucap Selamat kepada


DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM


Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke 53
Pada 22 November 2011 bersamaan 26 Zulhijjah 1432H
Semoga Allah Melanjutkan Usia Tuanku


Daripada
www.facebook.com/Kesultanan.Johor


~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Monday, November 21, 2011

Emas Milik Siapa - Sang Harimau atau Garuda?? separuh masa pertama


Huuuuu....Bahang kian terasa, pingat emas milik siapa? Sang Harimau ataupun Garuda?? kita tentunya inginkan Harimau Malaya kita yang menang an....dharap n ddoakn agar skuad Malaysia akan menang pd perlawanan ini..

Skuaaadd sedia! Aaauuummm! kite gigit e2 bapak segale bapak angry bird~ yeehaaa!. even indo dh 1 gol minit ke 5...huuu sgt takot jerk...Banyak peluang Malaysia nk jaringkn gol td tp sayang nasib blm myebelahi kita..



Minit ke 34 Malaysia dpt menyamakan kedudukan hasil tandukkan leret dr Asraruddin Putra..sgt bsahaje...tp 2 lah hadiah dr die tok rakyat Malaysia!! yeeaaahhhh!! lihat gelagat Ong Kim Swee coach skuad kite melompat ngn riang rianye...heheheh br lah nampak muke die ketawe n gembire jika dbanding ngn sebelum jaringan mempamirkan muke masem2 kelat n ketat2 gtuh! hehehehhehe so,separuh masa pertama nih keputusan 1-1.....

............bsambung separuh masa ke2....
~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Sunday, November 20, 2011

Tuah Fakri



MISI mempertahankan pingat emas Sukan Sea Indonesia skuad bola sepak bawah 23 tahun negara terus membara apabila berjaya melangkah ke final selepas Ahmad Fakri Saarani muncul wira menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Myanmar pada aksi separuh akhir semalam.

Kejayaan itu memastikan Malaysia, juara lima kali bakal tampil di final ke-11 sejak temasya ini bermula pada 1959.


Skuad negara beraksi di Stadium Gelora Bung Karno tanpa jurulatih, Ong Kim Swee yang digantung satu perlawanan dan hanya menyaksikan perlawanan dibangku penonton sambil tugasnya diambil alih penolong, Hassan Sazali Waras.


Biarpun Myanmar, naib juara Kumpulan B lebih banyak mengawal bola pada babak pertama namun skuad negara mencipta beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol.


Malaysia terlepas peluang keemasan apabila sepakan lambung Irfan Fazail berjaya dibaca penjaga gol Myanmar, Thihasthu di minit keempat.



Pemain sayap kanan, Ahmad Fakri berpeluang meletakkan skuad negara di depan namun tandukannya gagal menepati sasaran pada m-15.

Babak pertama berakhir 0-0 selepas sepakan percuma kapten, Baddrol Bakhtiar di m-36 sekadar melewati palang gol manakala serangan Myanmar yang diterajui Kyaw Ko Ko gagal menembusi benteng negara.


Bersambung babak kedua, Malaysia bermula garang menerusi rembatan leret Syahrul Azwari yang melakukan larian di sebelah kanan.


Bagaimanapun kemasukan Izzaq Faris Ramlan di m-72 menggantikan Syahrul Azwari Ibrahim membuahkan hasil apabila hantarannya berjaya ditolak masuk Fakri bagi gol kemenangan Malaysia.


*sumber My Metro

~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Friday, November 18, 2011

SURAT CINTA BERUSIA 4200 TAHUN




Surat cinta tertua di dunia yang dijumpai di lembah Niffer, 150 batu dari Baghdad, Iraq. Ia dikatakan ditulis pada sekitar tahun 2200SM. Penemuan ini berdasarkan kajian arkeologi oleh Noah Kramer Profesor dari Philadelphia University pada tahun 1889. Pada awalnya ada kira-kira 70 ribu artifak yang berbahasa Sumeria yang tidak dapat diterjemahkan maksudnya. 58 tahun kemudian, dua orang ahli dalam bahasa Sumeria berjaya menterjemahkan maksud yang terkandung di artifak itu. Artifak tersebut kelihatan seperti kepingan batu yang terukir. Jika melihatnya, memang tidak dapat kita membacanya.


Surat dalam bentuk artifak itu ditulis oleh seorang pendita tinggi (High Priest) bangsa Sumeria bernama Inanna yang ditujukan kepada seorang Raja yang merupakan bakal suaminya. Sudah menjadi tradisi masyarakat Sumeria, si isteri akan menulis puisi cinta kepada suaminya di malam perkahwinannya.
Ini adalah terjemahan yang telah dilakukan oleh ahli bahasa Sumeria tersebut:


Bridegroom, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet,
Lion, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet.
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Bridegroom, I would be taken by you to the bedchamber,
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Lion, I would be taken by you to the bedchamber.
Bridegroom, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey,
In the bedchamber, honey-filled,
Let me enjoy your goodly beauty,
Lion, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey.
Bridegroom, you have taken your pleasure of me,
Tell my mother, she will give you delicacies,
My father, he will give you gifts.
Your spirit, I know where to cheer your spirit,
Bridegroom, sleep in our house until dawn,
Your heart, I know where to gladden your heart,
Lion, sleep in our house until dawn.
You, because you love me,
Give me pray of your caresses,
My lord god, my lord protector,
My Shu-Sin, who gladdens Enlil’s heart,
Give my pray of your caresses.
Your place goodly as honey, pray lay your hand on it,
Bring your hand over like a gishban-garment,
Cup your hand over it like a gishban-sikin-garment.



-heheheh kowg ade? wah3 owg dulu2 romantik jugak bkn kuno k...


*sumber dr : http://www.informasi.my/surat-cinta-berusia-4200-tahun/

~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Virus~


Yeah! ini lah tjadi...name pon laman sosial mst la bvirus an...cm real sosial kt luo sne tuh, bvirus gaks...hohohoho FB ak pon de trime gambo2 "LUCH" nih dr sowg frenz kt fb ak..tp ak dh padam dh sbb xde psl lah ak nk biokn kt wall ak lelame..wt semak jerk an..so kowg kne tingkatkan security kt fb kowg tuh...slmt menepis sgala virus2 yg xbkenaan! haaiiyaaakk!
~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

SUKAN SEA: Malaysia Benam Indonesia 1-0



JAKARTA – Jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim sudah cukup untuk mematahkan ego Indonesia pada saingan terakhir kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno di sini, untuk bertemu Myanmar pada saingan separuh akhir Sabtu ini.
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia memintas pendahulu kumpulan A, Indonesia, dengan kelebihan satu mata untuk muncul juara kumpulan dengan memungut 10 mata.
Malah kemenangan itu dilihat memberi laluan mudah buat skuad bawah-23 bertemu naib juara kumpulan B, Myanmar, sementara tuan rumah terpaksa berpuas hati bertemu Vietnam, yang merupakan naib juara bola sepak Sukan SEA 2009 edisi Vientiane, Laos.
Skuad tuan rumah pastinya akan menerima tamparan daripada penyokong fanatik yang selama ini mahu ‘mengganyang’ Malaysia dalam apa jua perlawanan bola sepak.
Beraksi di depan kira-kira 100,000 lautan merah penyokong tidak melemahkan anak buah Ong Kim Swee apabila terlebih dahulu melakukan banyak gerakan menarik sebaik babak pertama bermula, selain tidak menunggu lama untuk jaringan pertama oleh pemain tengah gantian, Syahrul Azwari.
Pemain berusia 18 tahun itu, yang masuk padang selang empat minit menggantikan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-13, mudah merembat kencang menewaskan penjaga gol Indonesia Andritany Ardhiyasa, hasil serangan balas sukad negara pada minit ke-17.
Malah corak hantaran jauh untuk membuka ruang dan gerakan pantas yang dipamerkan skuad anak didik Kim Swee ini jelas banyak memberi kelebihan buat mereka untuk mengatur lebih banyak serangan balas.
Tiga serangkai pemain hadapan negara, Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar cekap mengganggu gawang lawan menerusi kekuatan serangan balas namun beberapa peluang terbaik untuk menambah gol Malaysia gagal menemui penyudah sehingga babak pertama tamat.
Bagaimanapun, penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat dan pemain pertahanan dipaksa bekerja keras sebaik babak kedua bermula, yang menyaksikan permainan lebih agresif dipamerkan Indonesia dalam usaha mencari gol penyamaan.
Ejekan berterusan penonton terhadap pasukan negara tidak membawa kesan atau melemahkan semangat pasukan negara, sebaliknya mereka lebih bermotivasi semasa beraksi.
Bagaimanapun, perhatian teralih kepada Kim Swee, yang menimbulkan kontroversi apabila memarahi penjaga garisan kerana tidak peka apabila Syahrul Azwari dijatuhkan pemain lawan di depan pengadil itu.
Oleh kerana kelantangan suaranya, beliau diarahkan ketua pengadil keluar padang.
Peluang terbaik negara hadir pada babak terakhir, namun Izzaq Faris gagal mengambil peluang tersebut untuk menambah gol kedua kerana lariannya sering dikawal hinggakan membataskan pergerakan pemain itu.
Indonesia terus melancarkan serangan ke atas Khairul Fahmi yang mempamerkan aksi cemerlang mengawal gawang negara setelah dipaksa bekerja keras pada babak kedua bagi mengekang setiap asakan pemain.
Mengulas kemenangan bermakna itu, Kim Swee memuji semangat pemain yang tetap tenang walaupun beraksi di depan lautan merah penyokong itu.
“Apa yang kita capai hari ini berbaloi dengan kesungguhan pemain yang beraksi bermati-matian untuk memburu kemenangan demi kemenangan bagi memastikan pingat emas bola sepak tetap menjadi milik kita.
“Saya bangga dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan pemain sehingga tamat permainan kerana mereka menunjukkan peningkatan dari perlawanan pertama hinggalah hari ini,” katanya.
Sementara itu, jurulatih Indonesia Rahmad Darmawan berkata beliau tidak ada alasan terhadap kekalahan pasukannya kerana Malaysia bermain lebih baik.
“Mungkin ramai penonton yang kecewa tetapi kita akan tebus kembali di separuh akhir nanti,” katanya. – BERNAMA


~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Thursday, November 17, 2011

Malaysia Vs Indonesia


Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun.

Malam ni sedang blangsung pelawanan antara Malaysia dgn Indonesia...kte mengharap kemenangan melawan Indonesia mlm ini...separuh masa pertama kita berjaya menjaringkan 1 gol oleh Syahrul Azwari..tahniah! wt pasukan negara kita...n hope dapat menjaringkan lebih bnyak gol pada separuh masa ke-2 nanti..

tp wt mase skunk xpat tgk laks sbb hujan ngn jayenye...bese lah ASTRO nih tlebey keistimewaan nyee.... time2 ujn mmg xde siaran...agak skt ati laa.....kne lah 2gu berita o 2gu ujan reda cmni an...harapan kita tok pergi ke separuh akhir amat tinggi..samaada kte akan berdepan dgn Myanmar o Vietnam (klu xsilap lah,klu silap jgn mare....heheheh) 

Ak sgt minat tgk games bola sepak nih, mmg dr kicik sampai lah skunk...klu dh tgk 2 mulut mmg xpenah diam...bising jerk..lg lah klu pasukan fav dpt mnjaringkan gol..waaahhh! bkn stkt mulut nk bising, melompat2 cm berok pon de....Kirenye family ak mmg kaki bola cumeeeeeee Abah jerk yg xlayan sukan...ntah laaa die mmg xminat dr dulu kot...adik bradik ak smue lyan sukan myb ikot Emak yg mmg xtive sukan mse mudenye....

emmm....ntah dh bpe gol la ek?? seeerrraamm nih!

*pape nk tau perkembangan bola sepak malaysia ley usha2 kt cnie:-

~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...