ImageChef Custom Images

Share ur LinK hEre~

Friends

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Shaklee

Showing posts with label Sharing. Show all posts
Showing posts with label Sharing. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Haram OK!



Salam...ok sok smue org taw esok adalah Hari Kekasih or Valentine's Day..
so.....HARAM ok! tok kite sebagai umat Islam menyambutnye.... fahamkn pe itu HARAM?? 




so sila bace n fahamkan petikan dari laman web rasmi JAIS ni...

( Menerima dan mengamalkan Islam sebagai Ad-Diin, iaitu sebagai cara hidup adalah perlu dilaksanakan oleh seluruh umat Islam, demi membuktikan ketulusan dan keyakinan kita kepada ajaran suci yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.  Selari dengan tuntutan ini, hari ini akan memperkatakan  perihal: "Haram Menyambut Hari Kekasih".

          Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine 's Day adalah haram kerana tidak pernah dianjurkan oIeh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya juga bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oIeh Islam.

          Hari Kekasih juga digelar sebagai: "Valentine 's Day" yang disambut pada 14 Februari setiap tahun adalah sambutan yang dinanti-nantikan kebanyakan remaja bagi menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain.  Ia disambut dengan pelbagai cara dan acara bermula dengan kiriman kad dan bunga hingga parti tari-menari. Malah ada yang menyambutnya dengan pertemuan dan berakhir dengan perzinaan demi membuktikan cinta dan kasih sayang mereka.  Jelas dan nyata sekali bahawa sambutan ini bukan dari ajaran Islam yang suci, malah melanggar syariat dan bertentangan dengan tatasusila fitrah murni manusia.
Meskipun begitu, tidak dinafikan terdapat di kalangan remaja dan pasangan Islam di negara ini, turut meraikan "Hari Valentine" ini. Mereka meraikannya kerana ingin bersukaria dan terikut-ikut dengan budaya ini tanpa mengetahui sejarahnya.

Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa tidak ada istilah "Hari Kekasih" atau "Hari Valentine" dalam Islam.  Justeru, orang Islam tidak boleh menyambutnya, menyertainya dan merayakannya. Islam memang menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak. Bukan dengan jalan yang mendorong atau merangsang kepada kemungkaran dan maksiat.  
Islam adalah Agama Fitrah yang praktikal, bukan menyekat kebebasan tanpa sebab dan bukan membiarkan umatnya bebas tanpa pedoman. Islam adalah agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna untuk umatnya. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang antara umatnya. Malah terlalu banyak ayat Al-Quran dan Hadith menyatakan hikmah berkasih sayang.

Firman Allah SWT  di dalam surah Al-Anfal ayat 63:
"Dan Dialah yang menjadikan hati mereka mesra antara satu sama lain. Seandainya engkau membelanjakan segala (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak akan dapat menautkan kemesraan antara hati mereka, tetapi Allah telah membibitkan kemesraan antara  (hati)  mereka.  Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana".

Sumber Catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa Valentine adalah nama seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rome sehingga dia ditangkap dan diseksa dalam penjara. Selama dipenjara, ia tetap mengajar dan menyebarkan agama itu di kalangan banduan dan membantu tawanan melepaskan diri dari penjara. Dikatakan juga bahawa ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan gadis, anak salah seorang Pegawai Penjara. Di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan "Daripada Valentinemu". Maka semenjak itu orang Kristian mengambil sempena hari 14 Februari untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka, Valentine ini.

Jelaslah bahawa Sambutan Hari Kekasih ini merujuk kepada kisah tersebut dan sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan kerasulan Muhammad s.a.w., wajarkah kita merayakan hari kekasih ini?, patutkah kita mengambil peristiwa ini untuk disambut dan diraikan?. Alangkah jahilnya kita sehingga tidak dapat lagi membezakan antara ajaran agama kita dengan agama lain. Benarlah kenyataan hadith daripada Abu 
Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

          "Demi Allah yang nyawaku di dalam genggaman-Nya, pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa  demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang dhab. Lantaran itu, sahabat bertanya: "Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?" Baginda menjawab: "Siapa  lagi kalau bukan mereka?".

Apa yang lebih menyedihkan akibat dari merayakan sambutan hari-hari seperti ini remaja Islam semakin liar dan semakin ramai yang terjebak dengan gejala sosial serta keruntuhan moral. Rekod Jabatan Pendaftaran Negara bahawa sejak tahun 2000 hingga 2008 sebanyak 257,411 Sijil Kelahiran telah didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa. Rekod ini menggambarkan betapa ramai anak-anak yang tidak sah taraf atau lahir secara luar nikah untuk tempoh 9 tahun tersebut.

Jumlah yang begitu ramai untuk tempoh kurang 10 tahun ini sewajarnya mengundang rasa bimbang dan gerun dengan masa depan Generasi Islam. Jumlah itu membawa purata sebanyak 28,601 orang bayi setiap tahun. Sedarlah! segalanya ini bermula dengan gaya hidup barat yang songsang, yang telah diterima dalam masyarakat kita.

Justeru, setiap orang Islam khasnya golongan remaja seharusnya meninggalkan budaya "Hari Kekasih" yang hanya bertujuan merosakkan akhlak masyarakat Islam.  Ingatlah sesungguhnya Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya-upaya untuk memperdaya umat  Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.  Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat Islam.

Malangnya, masih ada umat Islam yang tidak menyedari hakikat ini. Maka ,ramai dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka. Kononnya, menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bertentangan dengan ajaran Islam dan budi pekerti mulia.  Harus diingat, meniru budaya asing, terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latarbelakang perayaan itu, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak umat Islam, bahkah boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.


Marilah sama-sama kita renung beberapa perkara penting sebagai rumusan dan peringatan bagi kita semua, antaranya:
          
Oleh itu, sebagai umat Islam kita hendaklah mengikut landasan Islam yang sebenar.  Bukankah lebih baik kita mengamalkan adat dan budaya kita yang sopan selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

Pertama    :         Hari kekasih adalah sambutan penganut Kristian yang  mengenang hari kematian seorang paderi mereka. Tiada sambutan ini dalam ajaran Islam.
Kedua       :          Umat Islam adalah dilarang sama sekali menyambut Hari Kekasih ini, termasuklah memberi sokongan, mempromosikan, mengajarkan dan menyebarkan apa-apa sambutan yang berkaitan dengannya.
Ketiga      :           Umat Islam digalakkan berkasih sayang sesama manusia sepanjang masa tanpa membataskannya pada hari-hari tertentu sahaja.
Keempat   :         Pihak Media dan pengamal Laman Sosial adalah diminta untuk tidak mempromosikan Sambutan Hari Kekasih ini walau dalam apa bentuk sekalipun.

"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).  Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.  Orang yang Kami berikan kitab kepada mereka, sedangkan mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belitkan maksudnya), mereka itulah orang yang beriman kepada-Nya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang yang rugi".
(Al-Baqarah: 120-121)



So, cmne?? faham x?? tok adik2 yg bru naik nih jgn la terikot2 bende yg terang2 kite dharamkan tok meyambutnye kn....nih pun tok peringatan bg semua golongan...mudah2an kita sentiasa dlindungi ALLAH swt..Amin....

~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Wednesday, January 18, 2012

Cerita Tentang Coklat~


Salam...ok hari ni nk cerita pasal coklat ok...

Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko.
Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.
Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatanMexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.


Umumnya coklat dianggap salah satu punca kegemukkan...Rasa coklat masih sukar diertikan. Dalam buku Emperors of ChocolateJoel Glenn Brenner menggambarkan rahsia terkini tentang rasanya. Rasa coklat dibentuk dari campuran 1,200 jenis zat, tanpa satu rasa yang dominan. Malah, sebahagian dari zat itu pun rasanya sangat tidak sedap sekiranya. Disebabkan itu, sehingga sekarang masih tiada coklat tiruan.
Antara zat-zat penghasil rasa coklat terdapat lemak. Takat lebur lemak koko ini hanya sedikit bawah suhu normal tubuh manusia. Jika sepotong coklat dimakan, lemak itu cair di dalam mulut. Cairnya lemak koko menimbulkan rasa lembut di mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh kerana bukan dari jenis yang menggemukkan tubuh.
Walaupun tak dapat digantikan, pemalsuan sering dilakukan. Koko adalah bahan yang mahal, apatah lagi dibandingkan dengan gula atau minyak nabati. Maka, tidak hairan kalau dapur konvension terpaksa memilih kedua-dua bahan ini untuk menggantikan koko. Disebabkan itu, tidak banyak coklat di pasar “coklat”.
Lemak koko sering digantikan dengan minyak yang lebih murah, seperti lesitin atau minyak kelapa sawit. Selain soal harga, dengan kedua-dua bahan ini, pelapisan coklat menjadi lebih mudah. Perbandingan koko pejal, komponen tidak berlemak pada biji yang digiling juga cenderung rendah. Dalam bar coklat, misalnya, sekitar 20% gula-gula itu diisi coklat.
Coklat premium, biasanya mengandung sekitar 50 - 70% coklat padat. Disebabkan coklat mengandung lebih gula dan mungkin juga sedikit minyak nabati, coklat pekat ini mengandungi lebih sedikit kalori dari produk coklat pada umumnya. Maka, apabila para pennggemar coklat sering “protes” gara-gara coklat disalahkan untuk masalah yang sebenarnya disebabkan oleh penggunaan gula berlebihan.

~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Tuesday, January 17, 2012

So Sweet.....

Salam...heheheh pagi2 dh wat ak senyum....
1stly, rini befday my hero!! befday Abah yg ke-55...
tp td xsmpat nk jumpe abah salam, cium2 pipi abah wish befday die..Abah dh g kebun lak..

n 2ndly....heheheheh dpt tag post dr my sweet bestfren Rdija Ayop....
heheheh seperti pic dbawah....die taw yg ak sgt giler suke kt Aqasha..hak3 giler ker?? boley la..


huhuhu wat ak cair je dgr suare Aqasha nih...nih lagu dalam Gemersik Kalbu (Slot Akasia) part yg akhir 2..
hoooo so sweet la sygku Rdija Ayop nih...

Nih ak bg Video lagu Obsesiku by Aqasha ngn liriknye ok...



Matamu…Bibirmu..
Pipimu dan Juga Senyum mu
Membuat Aku Lebur Hanyut Di Dalam Ghairah Kernamu

TubuhMu..HarumMu..
Hatimu Oh Semua Aku Mahu


Inginku
*Gigit-gigit Cuping Telinga Kecilmu

Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Hadiahkan Asmara Disetiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu
Ku GilakanMu


Aura Mu Memujuk Rayu Hatiku
Sering Bergoncang Jiwa Ini
Siang Malam Ku Gundah
Tiada Melihat WajahMu
Ku Rindu
Tubuh Mu, Harum Mu, Hati Mu Oh Semua Aku Mahu


Inginku
*Gigit-gigit Cuping Telinga Kecilmu

Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Hadiahkan Asmara Disetiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu
Ku GilakanMu

* Ok Aqasha kate...wah gituh! cm die direct ckp ngn ak laks ek..heheheh xde la...de follow twitter die..n die de tweet yg lagu nih khas tok mereka2 yg dh Halalan Toiban aje...hehehe yg dh kawen la maksudnye...

~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Monday, January 16, 2012

Choc lagi~

Salam..haaa, pekaba semue?? sehat? klu sehat Alhmdulillah....
n moga2 kita sentiase brada dlm keadaan sehat2 selalu hendaknya......

Haaa.....rini saje nk post lagi tempahan choc drpada  Madam layha sendiri...
Biase lah kan...Raye dorang dh nk dekat..
Nih ade lah serba sikit pic tempahan choc yang xseberape 2 utk tatapan kengkawan smue...








Alhmdulillah....rezeki ptengahan bulan kot nih...heheheh
cam taw2 jer ngh kering poket ha....
huuu...bsengkang mate wat mlm td...pas subuh br tdow...
pas2 kol 7 bgn balik...ase pale layha nih dh miong2 (pening2) jer xcukup tdow...
So, dengan ini......mlm nnt nk tebus tdow 2 balik..heheheheh

~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Friday, January 13, 2012

Chocolate Hantaran

Salam...haaa nih pic gubahan choclate hantaran yg mmb ak tempah ri2...tang abjad 2 tpkse wat baru gare2 de owg kt uma ley g mkn laks...hahahah 



huhuhu...cmner? simple jerk ak wat...nih just basic2 jerkk..
bab2 hiasan len empunye diri yg tempah 2 kn wt sendiri...

Amacam?? boley la kan...yela ak nih blajar wat sendiri...huhuhu
xde g klz mane2 pon..I'Allah de rezeki lebey nk jugak attend2 klz..
ok la..daaa~


~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Thursday, January 12, 2012

Just Share Idea....

Bila rakan anda sendiri yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan, mesti kita akan bingung memikirkan apa barang yang sesuai untuk dijadikan hadiah buat si dara atau si teruna. Ini serba sedikit tips untuk membeli hadiah buat pasangan mempelai:






Mengingatkan penerima akan si pemberi
Ini menyebabkan si sahabat pening kepala setiap kali menerima berita gembira akan perkahwinan sang sahabat. Dia tidak mahu serupa orang2 lain yang dengan mudah bagi satu set jag dan gelas sahaja. Jadi saya mahu berkongsi beberapa idea berkaitan pilihan hadiah yang boleh kita sampaikan kepada kawan kita.
Barangan Dapur
Ini adalah pilihan pertama yang biasanya akan muncul di benak fikiran kita. Ini kerana, barangan ini adalah paling ideal untuk digunakan si mempelai yang baru memulakan kehidupan baru dengan pasangan kekasih hati. Ia memang berfaedah, berguna, dan sangat bermakna. Antara pilihan yang ada ialah:
  • Set jag dan gelas 
  • Set teko dan cawan
  • Set senduk2 berjenama
  • Set periuk sederhana berjenama
  • Set pinggan
  • Bekas rempah ratus
  • Bekas gula, garam, pepper
  • Set holder seperti mug holder, spoon and fork holder
Barangan dapur turut terdiri daripada rangkaian beberapa barangan elektrik seperti:
  • Flask elektrik (pemanas air) 
  • Pembakar roti
  • Dapur elektrik saiz kecil (untuk satu kuali/periuk pada satu2 masa) 
  • Periuk nasi saiz sederhana
  • Sandwich maker
  • Mixer (untuk buat kek)
  • Cerek elektrik
  • Mesin pengisar (blender)
  • Set tupperware


Mungkin ada beberapa lagi yang boleh dimasukkan dalam senarai, kalau anda ada idea, dialu2kan bubuh je dalam komen kat bawah.
Kelengkapan Rumah
Menghadiahkan barangan kelengkapan rumah juga merupakan suatu idea yang bernas. Si pasangan tentu gembira dengan hadiah2 bermakna pemberian anda menghiasi rumah baru mereka. Antaranya:

  • Jam dinding berjenama
  • Jam loceng berjenama
  • Jam radio elektrik
  • Vakum tilam (kecil dan mudah dibawa)
  • Cermin
  • Kipas meja
  • Penyembur penyegar udara elektronik
  • Cadar (pastikan saiz double/queen)
  • Digital photo frame
  • Bingkai gambar
  • Album gambar
  • Rak dvd
  • Seterika
  • Mangkuk potpourri
  • Towel hose kayu berkualiti
  • CD lagu2 romantis/love song – lebih bermakna jika anda buat koleksi lagu2 tersebut sendiri
  • Sejadah
  • Sandal bilik tidur 2 pasang
  • Bath suit 2 pasang
  • Memory cardUSB flash drive
  • Lilin romantik – bersaiz besar dan mungkin beraroma menarik

Barangan Peribadi
Ini juga amat bermakna buat si pasangan dan mungkin boleh juga menghangatkan lagi hubungan antara mereka berdua.
Buat sang raja:

  • Pencukur elektrik
  • Buku kamasutra
  • Buku tips2 percintaan dan perkahwinan dalam Islam
  • Alquran
  • Jam tangan untuk couple
  • Perfume
  • Bag
  • Tali leher
  • Aksesori lelaki – beg duit, tali pinggang, tie pin, cuff link

Barangan2 peribadi – anda tentu lebih mengenali minat rakan anda bukan?
Untuk permaisuri:
Beberapa barangan yang sudah disebut di atas
  • Pengering rambut
  • Novel
  • Barang kemas
  • Bunga segar
  • Bekas simpanan barang kemas
  • Brooch
  • Kain ela/batik

Barang2 peribadi kegemarannya yang lain – anda tentu mengenalinya bukan?
(gambar hiasan)


Itulah sedikit sebanyak idea yang boleh kongsikan. Hahaha maybe anda lagi banyak idea...ce la kongsikan ngn saya ok! Semoga berguna! tq~






~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Wednesday, January 4, 2012

OMbak Rindu~

Begitu hebat skali penangan OMBAK RINDU......ianya makin hebat lagi dFB....
heheh jom layan!








sumber pic: rindok.com

~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...