ImageChef Custom Images

Share ur LinK hEre~

Friends

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Shaklee

Wednesday, December 28, 2011

Sepuluh pilihan ‘trend’ IT tahun 2011

Tahun 2011 bakal meninggalkan kita dengan ratusan teknologi bergelumang di kiri dan kanan. Berikut senarai 10 teknologi yang berkait rapat di negara ini:

10: Fotografi


Sejak awal tahun, dunia fotografi kegilaan penduduk negara ini terutama remaja yang mula menggantung kamera DSLR di leher yang menjadi sebahagian trend mudah dilihat apabila anda berjalan di pusat membeli-belah.
Timbul pula di sebalik DSLR yang mampu dikatakan menjadikan fotografi anda hebat, saiznya masih dikatakan menjadi bebanan oleh itu, kamera yang mendapat jolokan semi DSLR menjadi tumpuan sebagai alternatif kepada DSLR penuh yang mampu merakam foto berkualiti tinggi pada saiz 40 peratus lebih kecil berbanding 'abang'nya itu.
Ia termasuk dalam kategori Micro Four Third (MFT) yang dipopularkan jenama seperti Olympus, Panasonic dan Canon yang mula mendapat perhatian orang ramai pada tahun 2011.


9.      Boboiboy

Animasi yang dihasilkan secara tempatan diterbitkan dengan penat lelah Animonsta Studios bertajuk Boboiboy sebanyak 26 episod selama 15 minit bermula Mac lalu untuk tontonan umum di TV3.
Animasi yang dihasilkan tenaga kreativiti Upin & Ipin tapi dengan syarikat baru bakal berjaya melonjakkan nama Malaysia apabila menemui penonton di 16 negara lain.
Ia menampilkan watak hero secara digital yang boleh dicontohi kanak-kanak berbanding superhero dikeluarkan Barat yang tiada di Malaysia sebelum ini.


8.      Ultrabook

Tahap kenipisan Ultrabook - sehingga 13 milimeter sahaja - memang menakjubkan
Pengeluar cip pemproses, Intel yang mula-mula cuba memasarkan ultrabook dalam industri perkomputeran yang mempunyai ketahanan bateri lama dengan tahap kenipisan sehingga 13 milimeter saja.
Cirinya memang menyerupai dengan produk Apple iaitu Macbook Air yang setakat ini sudah dikeluarkan vendor Acer (yang pertama memperkenalkannya), ASUS, Lenovo dan HP.


 7.      PayPal 


PayPal mula aktif di negara ini tahun ini dengan sasaran mahu meningkatkan cara beli-belah online malah komited apabila membuka Pusat Operasi Global Malaysia di bangunan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC), di 1 First Avenue, Dataran Bandar Utama, Petaling Jaya.
Ia bakal bertindak sebagai kemudahan menawarkan perkhidmatan dan sokongan kepada pelanggannya di seluruh Asia selain dan menyediakan perkhidmatan tambahan kewangan.
Pusat Operasi Global Malaysia itu kini gah menyertai pusat PayPal yang beroperasi di Berlin, Shanghai, Sao Paulo, Dublin dan Chandler serta Omaha di Amerika Syarikat.

6.      Smart TV (TV Pintar)

TV pintar menggabungkan kelebihan siaran digital tanpa wayar dengan sambungan Internet jalur lebar
Malaysia digegarkan dengan keupayaan menerima teknologi audio dan visual (AV) yang mula memperkenalkan perkakasan rakaman seperti dekoder penyiaran TV-3D, kamera kompak 3D, cakera Blu-Ray 3D, pemain cakera Blu-Ray 3D atau kamkorder 3D.
Tahun 2011 juga menyaksikan peralatan seperti setup box untuk pelaksanaan TV pintar mula kelihatan yang menggabungkan kelebihan siaran digital tanpa wayar dengan sambungan Internet jalur lebar.
Manfaat setup box untuk TV online banyak bergantung kepada keupayaan broadband dengan infrastruktur lengkap tapi hanya memerlukan penggunaan kabel minimum  memancarkan program ke seluruh rangkaian digital berupaya menyediakan kualiti video HD dalam pasaran dengan resolusi sehingga 1,080 piksel.

5.      Nokia Ovi Store dan Microsoft MarketPlace


Sejak Nokia mula berkawan baik dengan Microsoft untuk OS Windos Phonenya, ramai yang risau apa akan jadi pada Ovi Store. Semuanya terjawab apabila Nokia bakal mengurangkan penggunaan Ovi Store sedikit demi sedikit tapi menumpukan pasaran aplikasi pada MarketPlace.
Tetapi pengguna masih menikmati kemudahan platform kandungan bersepadu selepas kedua-dua organisasi menjalin pakatan strategik dan memastikan kedua-dua setor online terus releven di kalangan pengguna.
Lebih baik, kedua-dua syarikat kini bersetuju untuk menjadikan sistem operasi Windows Phone sebagai platform utama telefon pintar Nokia pada masa akan datang yang mula kelihatan pada Lumia 800.

4.      Samsung Galaxy S II

Gergasi Korea Selatan mengejutkan pengguna Malaysia apabila melancarkan smartphone Galaxy S II yang mempunyai pemproses dual-core 1.2GHz dengan sambungan HSPA + untuk menyediakan pemindahan data sehingga kepada 21Mbps.
Paling menonjol, paparan skrin sentuh AMOLED Super Plus. Telefon tersebut berukuran hanya 8.49mm, ia sangat nipis dan telefon pintar baru itu adalah evolusi yang berkuasa sebelumnya dalam kelajuan, skrin dan reka bentuk yang nipis.
Samsung yang memang menampilkan OS Android untuk kebanyakan telefonnya menyediakan Android 2.3 Gingerbread  sebagai platform.

3.      Apple iPad 2 & iPhone 4s

iPhone 4S tujuh kali lebih laju daripada iPhone 4
Tidak lengkap dunia digital tanpa kerja Apple yang mula memasarkan tablet dan smartphonenya tahun ini. Ia dijual pada harga RM1,499 hingga RM2,499 dengan kapasiti storan 16GB hingga 64GB serta keupayaan sambungan WiFi saja atau WiFi + 3G.
Ipad 2 menggunakan pemproses Apple A5 yang 2x lebih laju dan pemproses grafik unggul di samping beratnya berjaya dikurangkan sebanyak 90 gram dilengkapi dengan dua kamera.
Pengumuman iPhone 4s paling ditunggu tahun ini dengan fungsi paling menarik tertumpu pada Siri yang mendengar arahan melalui suara seakan-akan filem sains fiksyen.
Walaupun ramai yang kecewa apabila ia masih lagi mengekalkan rekaan iPhone 4, ia banyak perubahan termasuk 7x lebih laju berbanding versi sebelum ini, grafik dual core dan cip A5.

2.      Trend #bersih
Laman sosial seperti Facebook dan Twitter menjadi senjata baru komunikasi. Ketika demonstrasi yang mendapat perhatian pada 9 Julai lepas, komunikasi orang ramai banyak tertumpu pada laman sosial sehingga berjaya menghimpun ratusan ribu di dalamnya.
Akaun Twitter yang pantas dengan 140 perkataan dengan semak hashtag seperti #bersih menjadi popular sehingga ia dikumpulkan menjadi kisah peserta yang berhimpun dan masyarakat yang lain.

1.      Steve Jobs

Kematian Steve Jobs pada usia 56 tahun suatu kehilangan besar kepada dunia ICT
Beliau menjadi berita paling besar tahun 2011. Kehilangannya memang sesuatu yang menyedihkan. Kematian Steve Jobs berusia 56, akibat kanser pankreas disifatkan sebagai kehilangan besar kepada ICT dan peminat gajet keluaran syarikat itu terkejut dengan pemergian ikon Lembah Silikon itu.
Beliau berjaya merevolusikan inovasi dan mengubah selama-lamanya perhubungan teknologi termasuk sumbangannya pada penciptaan iPad dan iPhone.
Lahir di San Francisco pada 24 Februari 1955, Jobs lahir tanpa bapa dan dijadikan anak angkat kira-kira seminggu selepas itu dan dibesarkan di kawasan Mountain View - sebuah kawasan pertanian yang kemudian menjadi hab teknologi dunia dikenali sebagai Lembah Silicon.
Setelah ditendang keluar dari syarikat yang diasaskannya sendiri bersama Steve Wozniak, Jobs memperkenalkan Pixar dan kemudiannya NeXT sebelum kembali semula ke Apple yang menghidupkan kembali syarikat buah tersebut.
Sumber dr AH Mohd | Daunpisang – Thu, Dec 22, 2011


~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

0 comments:

Post a Comment

Assalammualaikum...
Alang2 dh bace..Komen la sikit..
Terima Kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...