ImageChef Custom Images

Share ur LinK hEre~

Friends

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Shaklee

Thursday, December 22, 2011

Wang Kertas n Syiling 2012

Waaa sangat comel n cantek lak ak ngok wet2 syiling n kertas nih..ase cm mainan pon de, cm wet saidina pon ade...hehehehhe 

Haaa...bagus gak la wet RM50 ngn RM1 dh ley bezakan...sbb b4 nih wane nye seakan same...ley sng tsalah kuokan dr poket o walet..klu kte xpasan g senang la owg nk amek ksempatan...ni yang xsaba sangat nk wet2 baru nih...ase syg nk gune pon de kot...


Wang Kertas RM (2012)






Berwajah baru wang kertas ringgit Malaysia mulai tahun 2012 selepas melancarkan duit syiling baru pada baru-baru ini . Bukan sekadar politik Malaysia sahaja melalui proses transformasi. Wang kertas Ringgit Malaysia juga melalui proses transformasi. Bank Negara Malaysia memperkenalkan reka bentuk baru wang kertas Ringgit Malaysia dengan wajah baru yang lebih segar dengan sistem keselamatan yang lebih tinggi. Bank Negara juga mencetak kembali wang kertas RM20 baru yang dihentikan pengeluarannya sebelum ini.
Bank Negara juga mencetak kembali wang kertas RM20 baru yang dihentikan pengeluarannya sebelum ini.
Duit Syiling (2012)



Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baru sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan oleh Gabenor Bank Negara, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denomenasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling baru ini. Motif reka bentuk syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia.
Siri baru ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling baru ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelakkan daripada pemalsuan. Logam baru yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang berkualiti dan tahan lama.
Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan set duit syiling peringatan (BrilliantUncirculated) sebanyak 500,000 secara berperingkat yang dipakej secara khas dan akan dijual pada harga RM10 bagi setiap satu set.
Reka Bentuk Duit Syiling
  • Bahagian Hadapan Duit Syiling
Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara. 
  • Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:
Denominasi
Ikon
50 sen
Sulur Kacang
20 sen
Bunga Melur
10 sen
Orang Asli Motif
5 sen
Destar Siga


  • Bahagian Belakang Duit Syiling
Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia 'sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.
Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.
Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini dengan mudah. 

Sumber dr BNM & Media Serius



~Thanx Sudi Bace..Ce Komen Laks~

0 comments:

Post a Comment

Assalammualaikum...
Alang2 dh bace..Komen la sikit..
Terima Kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...